Wednesday, January 27, 2010

KONSERT SATU SUARA FAIZAL TAHIR , SITI , AIZAT

[19432_1188753569995_1563001151_30447895_4019048_n.jpg]
Harga Tiket :
RM 80, 120, 180, 250 & 300 untuk 13 dan 14 Feb

RM 103, 153, 233, 323 & 383 untuk Malam Gala pada 12 Feb


Jom dapatkan tiket dengan segera…!

Tiket boleh didapati di:

Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC & TTDI), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Level 1 Plaza Sentral, Shah Alam & Pasar Awam Precint16, Putrajaya), dan TicketCharge, 29-5, Signature Office Suite The Boulevard, Mid Valley City serta secara online di http://www.ticket2u.biz.

CREDIT TO:

http://cybertechpb.blogspot.com
Konsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Mereka berdua akan berkongsi pentas di Istana Budaya bagi menjayakan persembahan selama tiga hari berturut-turut bermula 12 Februari depan.

Konsert Satu SuaraKonsert Satu Suara
Konsert ini merupakan cetusan idea kakak ipar merangkap pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak. Setelah hampir 15 tahun dalam industri hiburan tanahair, Siti memberitahu sudah sampai masa untuknya melakukan sesuatu buat industri hiburan tempatan dengan membuka ruang kepada bakat baru dalam konsert terbitan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Justeru, tika dicadangkan oleh pengurusan SNP untuk menerbitkan konsert artis lain, nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran. Antara kriteria pemilihan mereka adalah bakat Aizat dan Faizal, bukan sahaja dalam nyanyian, malah dalam penciptaan lagu dan lirik di samping berkebolehan bermain alat muzik.

“Nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran Siti kerana mereka merupakan antara pelapis seni yang cemerlang dimana kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Siti.

Konsert Satu SuaraKonsert Satu Suara
Konsert Satu Suara memberi peluang kepada Aizat dan Faizal untuk muncul dalam segmen solo masing-masing, seterusnya bergabung untuk berduet. Kemudian mereka akan muncul dalam segmen trio bersama Siti.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Sze Wan serta 20 orang pemain string dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Untuk konsert pada 12 Februari ini, yang akan dijayakan dengan kerjasama AEON Co. (M) BHD, akan melihat 5% daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada Malaysian AEON Foundation. Tiket konsert pada 12 Februari dijual pada harga RM103, RM153, RM233, RM323 dan RM383, manakala harga tiket pada 13 dan 14 Februari dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.


Konsert Satu Suara


Konsert Satu Suara

1 comment:

NorLieyZa said...

hi faizal tahir..
i salah seorang peminat no.1 u..macamana dengan kesihatan u?is everything ok?i cuma ingin membantu n nak u sihat n hepi slelalu.i nak tawarkan satu treatment bg membantu u kembali sihat.hi tech spa di the weld, jln raja chulan.so far, banyak penyakit telah bertambah baik dengan menggunakan kaedah ini.mungkin u can try ikhtiar dengan cara ni.u jgn risau..tiada sebarang cas yang i kenakan..u can contact me at shirliey_shah@yahoo.com if u intrested to try this..n i hope u can give your feedback as soon as possible..

to all fans, sekiranya anda semua mengalami masalah2 kesihatan n ingin mencuba hi tech spa ini, anda juga boleh email saya dengan email tersebut..tanx..

Link Peminat Faizal Tahir