Sunday, January 18, 2009

TAHNIAH!!!! TAPI BETULKE FAIZAL TAHIR NAK BEREHAT :(


Juara Balada – trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000
Vokal Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000


Juara Lagu ke-23: “Lagu Untuk Mu” (Meet Uncle Hussain)
Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida)
Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)

Long live indie!! Seperti yang diharapkan ramai, underdog Meet Uncle Hussain dengan karya “Lagu Untuk Mu” muncul Juara Lagu tahun ini, meneruskan trend yang dimulakan Estranged tahun lepas. Mereka juga meraih gelaran Juara Pop Rock.






SAYANGNYA SEDIKIT TERKILAN COZ TAK DAPAT JADI JUARA LAGU AJL..
BUT IT'S BETTER THAN BEFORE
LAGU SAMPAI SYURGA AKHIRNYA MELEKAT DI HATI PEMINAT SENI SUARA.
HOPE BERUSAHA LAGI DI MASA DEPAN.
CHAIYO'x3



Faizal Tahir - Sampai Syurga @ Muzik Muzik 2008
PERSEMBAHAN TERBAIK
VOKAL TERBAIK
JUARA KATEGORI BALADA


FAIZAL TAHIR'COBA' AJL



PETIKAN DARI GUA.COM.MY
Peluang yang terlepas tahun lalu telah di tebus di Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) malam tadi. Dua persembahan yang berlainan tetapi masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Tidak dinafikan Faizal Tahir ‘went all out’ dalam persembahannya. Sehingga mungkin ada yang berpendapat dia ingin membalas dendam atas apa yang berlaku tahun lepas.

“Saya tidak berdendam. Peluang ini sudah ditunggu sejak tahun lepas. Saya rasa kalau tahun lepas saya masuk dan menang sesuatu, itu tidak bermakna tahun ini saya tidak akan memberikan sepenuhnya. Saya nak beri sesuatu yang lain dalam persembahan saya, yang tak akan dapat di lihat selepas ini.

“Sudah lama saya nak buat benda ni dan jujurnya, I thought I would screw up. But at the end of the day, it’s up to you. I nak buat yang terbaik untuk malam ini. Apa nak jadi, jadilah. It’s about having fun dan penonton merasai apa yang kita rasa.”

Buat penonton yang mengikuti pengumuman keputusan AJL23 malam tadi, kemenangan Faizal dengan “Sampai Syurga” dalam tiga kategori – Juara Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik – seakan mengesahkan kemenangannya sebagai Juara Lagu.
“You have to remember, at the end of the day, it’s all about the music. Anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik adalah berbeza dari Juara Lagu. Saya tidak terfikir yang saya akan menang. Semasa di atas pentas pun, saya tetap memberitahu orang yang Meet Uncle Hussain akan menang. Dan jika anda rujuk balik pada interview yang saya buat sebelum ini, saya pun cakap Meet Uncle Hussain akan menang.

“I’m a big fan. Seperti yang Azmeer (ketua juri AJL23) katakan, they are the best. They are where our music is heading,” kata Faizal yang akan menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya kepada mangsa Palestin.

Mengenai perancangannya selepas ini, Faizal mengejutkan para wartawan semua bila mengumumkan hasratnya untuk berehat seketika. Lebih-lebih lagi bila tidak diberikan satu tempoh masa yang tetap berapa lama dia ingin berehat. Jelasnya, dia ingin tumpukan perhatian pada keluarga, terutamanya pada anak-anak.

“Saya bukan merajuk. Saya sangat gembira dengan perkembangan industri muzik kita. Dari dulu lagi, tujuan saya memasuki industri muzik kerana ingin menyumbangkan tenaga dan kreativiti saya. Dan malam ini, saya bangga melihat bakat-bakat baru seperti Meet Uncle Hussain, Aizat …”

Adakah Faizal nak mengundur diri bila nama sedang di atas?
“Nama saya bukan di atas. Lainlah cerita jika saya menang AJL23. Walaupun selepas ini jika saya tumpukan pada kerja belakang tabir, ia tidak bermakna nama saya tidak boleh kekal di atas. Apapun keputusan saya, saya perlu berbincang hal ini dulu dengan bos saya (Ahmad Izham, pengarah Monkeybone)

“Saya masih waras lagi memberi kenyataan ini. Pada saya, masa sudah tiba untuk mempertimbangkan semula karier and posisi saya di dalam industri. Ada kemungkinan saya akan kembali, ada kemungkinan saya tidak akan kembali.”




Faizal Tahir - Cuba @ Muzik Muzik



YANG MENARIK PADA AJL 23

MEET UNCLE HUSSAIN: LAGU UNTUKMU - ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) KE-23

GADIS MELAYU(Haqiem & Jamal Abdillah)


ISABELLA(JAMAL,M.NASIR,JACKLYN)



Link Peminat Faizal Tahir