Wednesday, January 27, 2010

KONSERT SATU SUARA FAIZAL TAHIR , SITI , AIZAT

[19432_1188753569995_1563001151_30447895_4019048_n.jpg]
Harga Tiket :
RM 80, 120, 180, 250 & 300 untuk 13 dan 14 Feb

RM 103, 153, 233, 323 & 383 untuk Malam Gala pada 12 Feb


Jom dapatkan tiket dengan segera…!

Tiket boleh didapati di:

Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC & TTDI), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Level 1 Plaza Sentral, Shah Alam & Pasar Awam Precint16, Putrajaya), dan TicketCharge, 29-5, Signature Office Suite The Boulevard, Mid Valley City serta secara online di http://www.ticket2u.biz.

CREDIT TO:

http://cybertechpb.blogspot.com
Konsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Mereka berdua akan berkongsi pentas di Istana Budaya bagi menjayakan persembahan selama tiga hari berturut-turut bermula 12 Februari depan.

Konsert Satu SuaraKonsert Satu Suara
Konsert ini merupakan cetusan idea kakak ipar merangkap pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak. Setelah hampir 15 tahun dalam industri hiburan tanahair, Siti memberitahu sudah sampai masa untuknya melakukan sesuatu buat industri hiburan tempatan dengan membuka ruang kepada bakat baru dalam konsert terbitan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Justeru, tika dicadangkan oleh pengurusan SNP untuk menerbitkan konsert artis lain, nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran. Antara kriteria pemilihan mereka adalah bakat Aizat dan Faizal, bukan sahaja dalam nyanyian, malah dalam penciptaan lagu dan lirik di samping berkebolehan bermain alat muzik.

“Nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran Siti kerana mereka merupakan antara pelapis seni yang cemerlang dimana kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Siti.

Konsert Satu SuaraKonsert Satu Suara
Konsert Satu Suara memberi peluang kepada Aizat dan Faizal untuk muncul dalam segmen solo masing-masing, seterusnya bergabung untuk berduet. Kemudian mereka akan muncul dalam segmen trio bersama Siti.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Sze Wan serta 20 orang pemain string dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Untuk konsert pada 12 Februari ini, yang akan dijayakan dengan kerjasama AEON Co. (M) BHD, akan melihat 5% daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada Malaysian AEON Foundation. Tiket konsert pada 12 Februari dijual pada harga RM103, RM153, RM233, RM323 dan RM383, manakala harga tiket pada 13 dan 14 Februari dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.


Konsert Satu Suara


Konsert Satu Suara

Monday, January 11, 2010

Bencinta Faizal Tahir tempat ketiga AJL

Tahniah..teruskan usaha walau keadaan kesihatan tidak mengizinkan..
Industri ini perlukan Faizal Tahir..

PERSEMBAHAN FAIZAL TAHIR AJL KE 24 2010




MASA TENGAH SIHAT TIDAK LAMA DULU



Faizal Tahir: Bukan Kerana Simpati Atau 'Ikan Emas' TV3

Faizal Tahir, antara orang pertama yang akan mengakui persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) malam tadi kurang memuaskan. Tahu sejauh mana kemampuannya, dia sepatutnya boleh menampilkan satu persembahan yang lebih baik.

Namun, dia terpaksa akur, dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, hanya itu yang mampu diberikan. Ditambah pula, dua hari sebelum kemuncak AJL24, dia terkena pula selsema dan demam.

Tetapi itu tidak bermakna kemenangannya di AJL24, di mana lagu “Bencinta” berjaya mendapat tempat ketiga, adalah atas faktor simpati mahupun kerana dia anak kesayangan TV3.

"Saya rasa ia tidak adil untuk mengatakan kemenangan saya disebabkan saya 'ikan emas' TV3 atau kerana simpati atas keadaan kesihatan saya. Keputusan dibuat sebuah panel juri profesional, yang sudah berada di dalam industri ini untuk jangka masa yang lama.

“Bila saya memutuskan untuk menyanyi di AJL24, dua minggu sebelum acara itu, keputusan saya dibuat atas rasa tanggungjawab. Kerjaya saya adalah penyanyi, penulis dan penerbit. Dengan fungsi yang saya pikul ini, saya ingin mempersembahkan lagu itu sendiri, bukan kerana saya hendak menang.

“Objektif saya hanya nak menyanyikan lagu saya. Apa nak berlaku selepas itu, akan berlaku. Jika saya nak jatuh tergolek selepas persembahan di belakang pentas, itu lain cerita,” jelas Faizal yang berkongsi Top 5-nya untuk menang adalah Aizat, Hujan, Bunkface, Yuna dan Stacy.

Kemenangan lebih bermakna
Tidak mengambil sebarang ‘painkillers’ kerana telah menerima suntikan untuk meredakan demamnya, kesakitan yang terpaksa ditanggung, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya. Tetapi berbaloi juga segala pengorbanannya bila tidak pulang dengan tangan kosong.

“Sememangnya anugerah ini lebih istimewa berbanding tiga anugerah yang telah saya perolehi (di AJL) tahun lepas. Pertama kali, ramai pun tahu ada kemungkinan besar saya tidak akan beraksi pada malam ini. Kalau ikutkan nasihat doktor, saya sepatutnya berehat di rumah sehingga bulan depan.

“Tapi, bukan saja saya ada di sini tetapi berjaya menyanyi di depan semua. Saya bersyukur kepadaNya dan saya berterima kasih kepada pihak pengurusan yang telah menjaga saya dengan begitu baik sekali. Tak lupa juga pada para peminat yang telah menyokong saya. Saya benar-benar menghargainya dan kerana merekalah saya melakukan ini.”

Sebagai menghargai usaha Shila
Tentang penampilan Shila di akhir persembahannya, jelas Faizal, ia sebagai tanda terima kasih atas apa yang telah dilakukannya. Kongsinya, tanpa Shila, dia tidak mungkin dapat melangkah ke AJL24.

"Dia telah membawa lagu saya hingga ke AJL. I'd like to give her credit for that,” katanya yang akan mengeluarkan album keduanya di penghujung bulan ini.

“Dengan album ini, saya dan Audi (Mok) telah mengambil satu risiko apabila membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah karya yang berlainan dari album pertama. Awalnya, bila “Bencinta” diriliskan, kami ada juga rasa bimbang jika ia tidak dapat diterima orang ramai tetapi apa yang menakjubkan, respon yang kami terima sehingga kini, amat memberangsangkan.”

Tambah Audi, “It’s more of a musical journey. Pendengar akan mendengar dari awal hingga akhir album. Apa yang kami tampilkan tidak mengikuti sebarang formula. You'll either like it or not.”


Link Peminat Faizal Tahir