Monday, January 10, 2011
Thursday, June 10, 2010
Faizal Tahir Rela Syahid (Duta bebaskan bumi Palestin)

Faizal menangis melihat kesengsaraan saudara Islam di bumi Palestin. - Foto oleh ART CHEN
PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir menawar diri untuk menyertai misi kemanusiaan dan sanggup mati syahid bagi membantu rakyat Palestin yang menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
Faizal mengakui menangis apabila melihat menerusi internat dan membaca kisah-kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim tersebut terhadap umat Islam yang tidak bersalah.
“Saya tidak malu untuk berterus terang yang saya menangis melihat kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terutama penduduk Gaza,” katanya ketika ditemui selepas ditemu bual menerusi rancangan terbitan TV3, Wanita Hari Ini (WHI) di sini, semalam.
Faizal yang juga bapa kepada tiga orang anak berkata, jika ada tawaran daripada badan-badan sukarelawan untuk mengajaknya ke sana, dia tidak akan menolak.
Ini kerana adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang Islam untuk sama-sama membantu dan sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada golongan yang dihimpit kesengsaraan.
“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.
Ujar lelaki yang popular dengan lagu Sampai Syurga ini, atas sebab itu juga dia sanggup menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan untuk menyertai mana-mana aktiviti sukarelawan yang dianjurkan stesen televisyen itu.
Bagaimanapun secara kebetulan TV3 sedang menggerakkan kempen Bebaskan Bumi Palestin yang seterusnya menawarkan Faizal menjadi duta bagi menjayakan kempen tersebut.
“Ketika hati saya dirundung kesedihan mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik itu, TV3 pula bersetuju melantik saya menjadi duta kempen ini. Saya amat bertuah,” katanya.
Menerusi aktiviti tersebut kata Faizal, dia akan memainkan peranannya sebagai seorang artis untuk berkongsi cerita dengan orang ramai dalam menyalurkan mesej kemanusiaan.
Kempen yang tidak melibatkan apa-apa sumbangan dan kutipan wang itu akan dilakukan dalam bentuk penerbitan klip video selama 30 saat yang akan disampaikan oleh Faizal.
“Setiap kali menonton klip video berkenaan, ia akan memberi peringatan kepada mereka mengenai kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh umat Islam yang telah ditindas.
“Dalam klip video itu juga saya akan meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin kerana hanya dengan doa sahajalah bentuk sumbangan yang mudah dan mampu kita beri ,” katanya.
Tambah Faizal lagi, kebenciannya terhadap tentera Israel bertambah apabila mereka tergamak menawan kapal Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang turut membawa sukarelawan Malaysia.
Sunday, May 2, 2010
AIM 17 Faizal Tahir - Selamat Malam Anugerah Industri Music 2010
Faizal Tahir - Selamat Malam (MTV @ Muzik25)
Saturday, February 27, 2010
New Album Faizal Tahir ( ADRENALIN ) PREVIEW
Wednesday, January 27, 2010
KONSERT SATU SUARA FAIZAL TAHIR , SITI , AIZAT
![[19432_1188753569995_1563001151_30447895_4019048_n.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYXGFwljchGNt_tPFK2TVEKFKV7syYiGybxRQZbVRGz7punzn6miOVeq3cQRwBrO1Mgm_k6SbwNMVYxl9wEIIdcuqa9od5_0ePH9j_2eKZyzL54uinDioJeKFg5cS470aDIxIqLdKmXpw/s1600/19432_1188753569995_1563001151_30447895_4019048_n.jpg)
Harga Tiket :
RM 80, 120, 180, 250 & 300 untuk 13 dan 14 Feb
RM 103, 153, 233, 323 & 383 untuk Malam Gala pada 12 Feb
Jom dapatkan tiket dengan segera…!
Tiket boleh didapati di:
Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC & TTDI), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Level 1 Plaza Sentral, Shah Alam & Pasar Awam Precint16, Putrajaya), dan TicketCharge, 29-5, Signature Office Suite The Boulevard, Mid Valley City serta secara online di http://www.ticket2u.biz.
CREDIT TO:
http://cybertechpb.blogspot.comKonsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Mereka berdua akan berkongsi pentas di Istana Budaya bagi menjayakan persembahan selama tiga hari berturut-turut bermula 12 Februari depan.
Justeru, tika dicadangkan oleh pengurusan SNP untuk menerbitkan konsert artis lain, nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran. Antara kriteria pemilihan mereka adalah bakat Aizat dan Faizal, bukan sahaja dalam nyanyian, malah dalam penciptaan lagu dan lirik di samping berkebolehan bermain alat muzik.
“Nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran Siti kerana mereka merupakan antara pelapis seni yang cemerlang dimana kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Siti.
Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Sze Wan serta 20 orang pemain string dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Untuk konsert pada 12 Februari ini, yang akan dijayakan dengan kerjasama AEON Co. (M) BHD, akan melihat 5% daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada Malaysian AEON Foundation. Tiket konsert pada 12 Februari dijual pada harga RM103, RM153, RM233, RM323 dan RM383, manakala harga tiket pada 13 dan 14 Februari dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.
Konsert Satu Suara
Monday, January 11, 2010
Bencinta Faizal Tahir tempat ketiga AJL
Industri ini perlukan Faizal Tahir..
PERSEMBAHAN FAIZAL TAHIR AJL KE 24 2010
MASA TENGAH SIHAT TIDAK LAMA DULU
Faizal Tahir: Bukan Kerana Simpati Atau 'Ikan Emas' TV3
| |||||||||||||||
Tuesday, December 29, 2009
Friday, November 20, 2009
Bencinta ke Final AJL 24
Faizal terlantar di hospital |
| SELEPAS menjalani pembedahan lutut kanannya pada September lalu kerana kecederaan sebelum ini ketika bermain futsal, kini penyanyi yang popular dengan gelaran Superman, Faizal Tahir, terlantar sakit di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-parunya. |
Lantaran itu, Faizal yang dimasukkan ke hospital pada malam Rabu (18 November) lalu selepas tidak tahan menanggung kesakitan dialami, gagal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-24 yang berlangsung malam tadi dan digantikan dengan Shila One In A Million 2 (OIAM2). Mempertaruhkan lagu berjudul Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik ditulisnya sendiri, Faizal gagal dihubungi untuk mengetahui lanjut keadaan semasanya.
Pada separuh akhir ketiga Muzik-Muzik yang berlangsung malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, lapan lagu berentap iaitu Cinta Adam & Hawa (Misha Omar), Masih Jelas (Hafiz AF7), Rindu Terhenti (Tomok), Situasi (Bunkface), Patri (Jinbara), Ketika Ini (Estranged), Pergi (Aizat) dan Bencinta (Faizal).
Beritahu Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian, ketika dihubungi, Faizal, 31, masih berada di hospital dan menerima rawatan. Namun, dia mendapat arahan daripada pihak atasan untuk tidak membenarkan mana-mana media mengunjungi Faizal atas nasihat doktor.
"Kecederaan yang dialami Faizal tidak teruk tetapi dia sangat lemah. Apatah lagi, sebelum ini dia ada menjalani pembedahan lutut dan sekarang jangkitan kuman pada paru-parunya. Disebabkan itu, doktor menyarankan kami supaya Faizal diberi ruang secukupnya untuk berehat tanpa mana-mana gangguan. Rawatan awal mendapati dia terkena jangkitan kuman, tetapi tidak tahu keadaan selanjutnya," katanya.
Bercerita detik awal terkena penyakit itu, beritahu Edrian, 35, Faizal sejak kebelakangan ini asyik mengadu sakit dada. Namun, naib juara OIAM musim pertama ini hanya menyangka ia sekadar sakit biasa hinggalah mengalami batuk darah pada malam Rabu (18 November) lalu.
"Awalnya, Faizal ingat dia salah tidur hingga menyebabkan sakit dada. Disebabkan itu, dia tidak kisah sangat dan terus menjalani latihan untuk separuh akhir Muzik-Muzik bagi lagu Bencinta. Selain bersungguh-sungguh berlatih, pada masa sama, Faizal juga sibuk merakam suara untuk album terbarunya.
"Selasa (17 November) lalu, ketika dia datang ke studio di Petaling Jaya untuk buat latihan seperti biasa, keadaannya nampak teruk dan sangat lemah. Melihat keadaannya itu, kami menasihatkannya supaya balik dan berehat di rumah. Sejurus sampai di rumah, Faizal memberitahu yang sakitnya lagi teruk dan sudah tidak tahan hinggalah pada malam Rabu lalu dia batuk darah.
"Malam itu juga Faizal dimasukkan ke hospital. Kami tidak tahu bila Faizal boleh keluar kerana masih menunggu untuk rawatan seterusnya. Menurut doktor, ada pelbagai peringkat rawatan selepas ini tetapi tidak boleh diberitahu kerana perlu menunggu keputusan rawatan seperti yang saya maklumkan sebelum ini.
"Sebenarnya, Faizal agak kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan pada malam tadi. Kalau diikutkan, Faizal sudah lama membuat latihan dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi persembahan terbaik pada Muzik-Muzik. Bagaimanapun, dia tidak ketinggalan menyaksikan Muzik-Muzik malam tadi di hospital menerusi kaca televisyen biarpun masih sakit.
Beritahu Edris, ada kemungkinan besar Faizal akan berehat panjang selepas keluar dari hospital. Bagaimanapun, semuanya akan diberitahu pada sidang media yang akan diumumkan nanti.
"Seperti kita ketahui, Faizal baru saja menjalani pembedahan lutut dan kini jangkitan kuman pada paru-parunya. Dengan jarak masa yang terlalu dekat itu, kami rasa Faizal perlu berehat sekejap daripada karier nyanyiannya untuk kembali pulih seperti biasa. Namun, itu akan diberitahu pada sidang media yang akan diadakan nanti," katanya yang tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu.
credit to:
sakini@hmetro.com.my
“Shila sudah buat yang terbaik. Malah Faizal (Tahir) ada hubungi Shila sebelum ’show’ untuk beritahu ‘no pressure’. Walau apapun keputusannya, dia menyokong Shila sepenuhnya,” jawab gadis berusia 19 tahun ini tentang komen yang persembahannya “hancur” ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik malam tadi, dimana dia membawa lagu Faizal, “Bencinta”.
“Katanya, semua bergantung pada rezeki. Tak kira siapa yang nyanyi, kalau tak masuk, tak masuklah. Tapi dia percaya Shila boleh lakukannya. Shila tak boleh puaskan hati semua orang. Akan ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Kepada yang tak suka, Shila akan lakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Tapi buat Shila, Shila puas dengan persembahan Shila.”
Hanya sempat berlatih tiga kali, sehari sebelum persembahan, Shila yang tidak pernah menyanyikan lagu “Bencinta” walaupun secara suka-suka, memberitahu dirinya turut terkejut bila Faizal dan Audi Mok, selaku komposer, memberinya tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu itu di Separuh Akhir Muzik-Muzik.
Kongsinya, dia tertanya juga kenapa dipilih tetapi kerana tidak mahu menghampakan kedua kawan baiknya, dia terima.
“Tapi sebelum Shila terima, Shila dah banyak bertanya orang-orang di sekeliling termasuk papa, okay ke Shila terima. Lagu ini bukan senang untuk dinyanyi. ‘Range’ dan ‘key’-nya memang ditulis khas untuk Faizal Tahir dan tidak diubah pun untuk Shila. Shila yang perlu sesuaikan vokal Shila dengan ‘key’ lagu.”
Ditanya jika dia mahu mempersembahkan lagu ini di pentas AJL24 nanti, jika kesihatan Faizal masih tidak mengizinkan, kata Shila, “Ia satu penghargaan yang besar buat Shila tetapi sebagai peminat Faizal Tahir, Shila lebih suka jika dia yang menyanyikan lagu ini.”
Menurut Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, jika Faizal sudah sembuh sebelum malam AJL24, dia akan diberi peluang untuk mempersembahkan lagunya. Namun, jika kesihatannya tidak mengizinkan, labelnya iaitu MonkeyBone akan menentukan siapa yang bakal mempersembahkan lagu “Bencinta” di AJL24 nanti.
Source & Credits:- www.GUA.com.my
- http://gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=4259
Shila akui membawakan lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu sememangnya cukup mencabar buat dirinya
KETIKA menerima tawaran untuk menggantikan penyanyi asalnya, Faizal Tahir bagi membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik malam tadi, Shila sudah bersedia untuk menerima pelbagai kritikan daripada peminat-peminat penyanyi itu.
Membawakan lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu sememangnya cukup mencabar buat dirinya apatah lagi lagu tersebut popular di ‘tangan’ Faizal.
Namun, misi Shila pada malam itu adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Audi dan Faizal sebaik mungkin serta berharap peminat-peminat penyanyi itu tidak membandingkan dirinya dan Faizal.
Ternyata, walaupun hanya mempunyai masa latihan yang singkat, Shila akui dia sudah melakukan yang terbaik dan tumpang berbangga apabila lagu itu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bersama 13 buah lagu lain yang akan berlangsung pada 10 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil.
“Audi dan Faizal hubungi saya sendiri dan minta saya ganti menyanyikan lagu ini. Saya memang terkejut pada mulanya kenapa saya yang diberi peluang ini.
“Tetapi saya tidak kisah untuk lakukannya kerana mereka adalah kawan saya. Mereka juga pesan supaya tidak perlu rasa tertekan. Apapun, saya sudah buat yang terbaik. Kalau ada yang tidak suka persembahan saya tadi, saya tidak boleh cakap apa.
Faizal tetap mempunyai peluang untuk kembali beraksi di AJL24, bergantung kepada keadaan kesihatannya
“Cuma bagi saya, tidak adil bandingkan saya dengan Faizal kerana saya suara perempuan, dia suara lelaki,” kata Shila pada sidang media setelah berakhirnya program itu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.
Shila dipilih menggantikan Faizal pada saat-saat akhir setelah penyanyi itu dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas sebaik mengadu sakit dada. Faizal kini masih ditahan di hospital untuk rawatan lanjut selepas mendapati muntahnya turut mengandungi darah.
Pemeriksaan awal mendapati penyanyi itu mungkin terkena jangkitan kuman pada paru-parunya.
Dalam pada itu, ditanya andai kata dia masih diberikan peluang untuk beraksi di malam kemuncak AJL24 nanti, Shila yang merupakan naib juara One In A Million musim kedua ini berkata:
“Jika diberi peluang untuk menyanyi di peringkat akhir nanti, saya akan terus memberikan yang terbaik untuk lagu tersebut dan pastinya saya mempunyai masa untuk membuat persiapan.”
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria berkata, Faizal masih berpeluang untuk mengambil semula ‘tempatnya’ pada AJL24 nanti jika sudah sembuh dan boleh melakukan persembahan.
“Kalau boleh, memang kita mahukan Faizal sendiri yang beraksi pada malam ini, tetapi nak buat macam mana kerana pada saat akhir, dia mengalami masalah kesihatan dan tempatnya terpaksa digantikan dengan orang lain.
“Tetapi untuk peringkat akhir nanti, jika dia sudah sembuh, kita akan beri peluang kepadanya untuk beraksi semula. Andai kata ketika itu dia masih belum sembuh, ia terpulang kepada pihak syarikat rakaman naungannya, Monkey Bone untuk membuat keputusan,” katanya.
Source & Credits:
- http://MSTAR.com.my/
- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/11/21/mstar_hiburan/20091121083947&sec=mstar_hiburan
Thursday, October 22, 2009
Friday, October 2, 2009
Friday, September 25, 2009
Faizal Tahir Di Aidilfitri
Lantera Aidilfitri Dato' Siti Nurhaliza,Faizal Tahir & Saiful Apek
Akustika Raya (Faizal Tahir)
Wednesday, September 16, 2009
Faizal Tahir Jalani Pembedahan
FAIZAL TAHIR Undergoing surgery tomorrow morning.. Insya'Allah.. Hope to be working, performing and entertaining everyone again soon enuff.. Insya'Allah.. God willing..
Artikel dari Gua.com.my
Ini berita yang baru GUA dengar. “Superman” Faizal Tahir bakal menjalani pembedahan pagi ini di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Faizal dikatakan telah mengalami kecederaan pada lutut yang pernah cedera sebelum ini ketika bermain futsal.
Dengan pembedahan ini, Faizal dijangka akan terpaksa berehat buat jangkamasa sehingga enam bulan. Ini sekaligus bermakna proses rakaman album terbaru beliau yang diterbitkan Audi Mok akan turut tergendala.
GUA sama-sama mendoakan agar pembedahan Faizal akan berjalan dengan baik dan juga beliau akan cepat sembuh nanti.
Wednesday, September 9, 2009
Wednesday, September 2, 2009
The Winner For 1Malaysia Merdeka Faizal Tahir ( MALAYSIA SATU ) JUARA 2009
The Winner For 1Malaysia MERDEKA Theme Song's..Ur Great Bro..huhuhuu..
Tahniah Audi Mok, Nur Fatima & Faizal Tahir! Pemenang Hot FM Lagu 1Malaysia Kita.

Kedudukan Keputusan Akhir:
1 AUDI MOK
2 AUBREY SUWITO
3 NG CHING CHING
4 ASHROFF SHARIFF
5 TAJA
6 ALEX
7 LEAD
8 SHAZZY
9 D.GERARD SINGH
10 NORM AIDID
| LIRIK: |
Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar Genggaman tanganmu, semangatku ohhh.. terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan Satu Malaysia, Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan |
| DENGAR: | |||||
| LAGU: | |||||
| Malaysia Satu | |||||
| ARTIS: | |||||
| Faizal Tahir | |||||
| |||||
|
| ||||||||||||||||||||||||||
Khamis September 3, 2009 Faizal, Audi Mok, Nur Fatima menang pertandingan lagu 1Malaysia PUTRAJAYA: Lagu 'Malaysia Satu', yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, hasil gubahan Audi Mok dengan lirik oleh Nur Fatima, semalam diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Lagu 1Malaysia Kita. Mok memberitahu pemberita di sini, lagu itu diilhamkan daripada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Apabila kami mendapat tahu mengenai pertandingan ini, kami memutuskan untuk menjadikannya satu kenyataan. Iramanya lebih rancak dan kami mahu menjadikan lagu ini lebih moden dan boleh didendangkan di manamana saja, bukannya kedengaran seperti sebuah lagu patriotik tradisional," katanya. Faizal juga kelihatan gembira semasa mendendangkan lagu itu di hadapan penonton termasuk Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Nur Fatima berkata beliau mahu lagu itu menggambarkan sumbangannya kepada penduduk negara ini. "Saya merasakan ia sebagai tugas saya dan sebagai seorang rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab saya untuk menulis sesuatu yang dapat mencerminkan masyarakat Malaysia, budaya kita, sumbangan kita dan sebagainya," katanya. Najib ketika mengumumkan pemenang pertandingan itu, turut menyampaikan cek berjumlah RM25,000 dan ketika berucap, beliau berharap lagu itu akan menjadi inspirasi untuk menghayati makna dan maksud 1Malaysia. "Satu Malaysia bermatlamat menjurus ke arah perpaduan dan keharmonian untuk melonjakkan negara kita menjadi negara yang hebat dan berjaya di mana ia berasaskan Satu Impian, Satu Harapan, Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Malaysia," katanya. Najib berkata lagu itu juga lebih mesra rakyat memandangkan proses untuk memilih pemenangnya terletak di tangan orang ramai yang mengundi lagu pilihan mereka dalam kalangan 10 lagu yang berjaya ke peringkat akhir menerusi laman web rasmi 1Malaysia dan HOT FM. "Cara kita pilih merupakan satu cara baru dan bukan konvensional, maknanya kita nak lagu ini sesuai dengan tagline kita 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan supaya ia lahir dan terbit daripada hati nurani rakyat sendiri. "Rakyat mencipta lagu itu, rakyat ilhamkan seni kata, rakyat dendangkan lagu itu dan media medium untuk penyiaran lagu itu dan akhir sekali rakyat yang tentukan lagu kegemaran mereka," kata Najib. Sementara itu pada sidang media kemudian, Najib berkata beliau menghormati pilihan rakyat yang memilih lagu yang berirama rancak dan bersemangat membuatkan iramanya sesuai dengan cita rasa golongan muda. Beliau berkata lagu itu juga sesuai untuk diperdengarkan di peringkat antarabangsa tetapi memerlukan sedikit pengubahsuaian memandangkan iramanya agak tinggi yang tidak semua orang mampu menyanyikannya. "Lagu itu juga akan dinyanyikan bersama-sama lagu keluaran RTM untuk acara rasmi," katanya. BERNAMA | ||||||||||||||||||||||||||
03 Sept - Karya Audi Mok Menangi Pencarian Lagu 1Malaysia
| PUTRAJAYA: Lagu Malaysia Satu ciptaan Audi Mok dan dinyanyikan Faizal Tahir dipilih menerusi undian rakyat Malaysia sebagai pemenang pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia, menewaskan sembilan finalis lain. |
Kemenangan lagu berkenaan berirama rancak dengan lirik nukilan Nur Fatima Abd Wahab, membolehkan mereka meraih hadiah RM25,000. Keputusan pertandingan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
Bercakap pada sidang media selepas itu, Najib berkata, beliau menerima lagu Malaysia Satu yang mendapat 30.77 peratus undian menewaskan semua lagu lain berikutan lagu itu adalah pilihan rakyat.
“Saya terima dengan baik keputusan ditentukan rakyat Malaysia sendiri. Nampaknya mereka memilih satu lagu rancak, bersemangat dan iramanya sesuai dengan generasi muda,” katanya.
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar.
Pertandingan yang dimulakan bulan lalu dan disiarkan menerusi stesen radio Hotfm itu menyaksikan 10 lagu dipilih ke peringkat akhir daripada lebih 350 penyertaan yang diterima.
Mengenai ada dua lagu bertema 1Malaysia, iaitu satu dihasilkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Najib berkata, tidak ada masalah akan timbul, malah kedua-dua lagu boleh digunakan dalam majlis rasmi.
“Mungkin kita boleh ubah suai jika nak nyanyikan lagu ini (Malaysia Satu) secara koir kerana nadanya sangat tinggi. Lagu yang dihasilkan RTM senang dinyanyikan secara koir,” katanya.
Najib juga berkata, beliau menghabiskan kira-kira sejam mendengar semua 10 lagu itu pada Sabtu lalu, di pejabatnya.
Sementara itu, Mok pada sidang media berasingan berkata, lagu itu dicipta dalam tempoh dua jam.
“Saya tidak menyangka lagu ini akan menang, kerana ketika mencipta, saya sedang sibuk dengan pembikinan album kedua Faizal,” katanya.
Sementara itu, Yayasan 1Malaysia melancarkan program ‘Kisah 1Malaysiaku’ bagi memberi peluang kepada rakyat menghantar pandangan dan interpretasi terhadap konsep 1Malaysia di laman webnya di www.1malaysia.org.my.
Ketua Pegawai Eksekutif yayasan berkenaan, Noorhaina Hirawani Mohd Noor, berkata inisiatif dalam talian itu bagi membolehkan rakyat berkongsi pendapat melalui saluran betul.
“Rakyat memberikan pelbagai pendapat dalam cara berbeza terhadap konsep 1Malaysia ketika ia diperkenalkan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Untuk maklumat lanjut dan garis panduan penyertaan, lawati seksyen Komuniti 1Malaysia di www.1malaysia.org.my atau hubungi 03-6203 9313.
“Kami berasa penting bagi mereka berkongsi pendapat dengan rakyat yang lain supaya dapat memupuk perpaduan nasional,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pelawat laman web berkenaan boleh melihat segala pandangan yang disiarkan dan digalak memberi komen mereka. Mereka juga boleh menghantar respons dalam bentuk rencana, video atau pun foto.
Yayasan berharap usaha ini akan mendorong dialog yang berterusan di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan pemikiran dan pendapat seterusnya membantu memupuk perpaduan nasional.
Norhaina berkata, pihaknya amat menghargai perbezaan pendapat di kalangan rakyat negara ini, selagi ia dilakukan secara terhormat dan dengan keterbukaan terhadap pandangan pihak lain.
“Dengan peningkatan penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti ini, pihak kami akan lebih maklum apa yang menjadi keutamaan kepada masyarakat umum berhubung kedudukan perpaduan nasional,” katanya.
PM Akan Umum Juara Pertandingan Cipta Lagu 1Malaysia
KUALA LUMPUR, 12 Ogos, (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumum dan memperkenalkan lagu yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia Kita pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52.Beliau berkata lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu kini boleh didengari di laman web www.1Malaysia.com.my dan meminta orang ramai mengundi lagu yang layak sebagai juara menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau saluran lain yang akan diumumkan kelak."Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar memesrakan diri dengan semangat 1Malaysia ini. Kunjungiah laman web 1Malaysia untuk mengundi lagu yang anda gemari."Saya inginkan ini menjadi satu lagu yang benar-benar menjelma daripada hati rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (JPM) di sini, Rabu.Pertandingan itu diilhamkan Perdana Menteri yang mahukan satu lagu yang dapat menggambarkan semangat 1Malaysia yang dicipta dan dipilih oleh rakyat, selain merangsang generasi muda negara memikirkan maksud 1Malaysia bagi diri mereka sendiri."Saya berharap pertandingan ini akan membantu mendorong kita semua untuk saling menerima dan menghormati antara satu sama lain. Janganlah kita lupa mengenang kembali pengorbanan nenek moyang kita."Hanya sebagai satu rakyat yang bersatu padu, Malaysia akan berjaya melakukannya. Kita harus ingat bahawa kepelbagaian kita ialah kekuatan kita. Pertandingan mencipta lagu ini adalah tentang mengabadikan semangat tersebut," katanya.Setakat ini, seramai 10 peserta melepasi pusingan kedua pertandingan itu. Semasa dianjurkan menerusi sebuah radio swasta sembilan hari lepas, kira-kira 350 penyertaan diterima daripada masyarakat pelbagai kaum negara ini."Saya sangat gembira dan seronok dengan sambutan yang diberikan. Malah 10 peserta terakhir terdiri daripada kumpulan pelbagai dan mengagumkan, yang terdiri daripada penggubah lagu terkenal hinggalah kepada mereka yang masih belum dikenali merangkumi semua bangsa, jantina, peringkat usia dan latar belakang."Semangat 1Malaysia itu jelas sekali berada di hati rakyat Malaysia dan saya berharap semua orang akan memilih satu lagu yang dirasakan benar-benar dapat memberikan pengertian 1Malaysia kepada mereka," katanya.Perdana Menteri turut meminta semua media Malaysia memainkan peranan masing-masing untuk menyokong usaha pencarian lagu yang akan menjuarai pertandingan itu.Juara akan menerima hadiah wang tunai selain lagunya dijadikan video muzik.
'Malaysia Satu' picked as 1Malaysia song
2009/09/03
PUTRAJAYA: Malaysia Satu, which depicts racial unity and the diverse cultures in the country, has been picked the winner of the 1Malaysia song competition.
Composed by Audi Mok with lyrics by Nor Fatima, this fast number sung by Faizal Tahir was chosen from among 10 songs that made it to the final.
Yesterday, Mok, Nor Fatima and Faizal received a mock cheque of RM25,000 from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the man behind the 1Malaysia concept, at the Prime Minister's Department.
Najib had said that he would like to have a song created by Malaysians for Malaysians that would represent the spirit of 1Malaysia.
Hot FM, a radio station under the wing of Media Prima, had taken up the challenge of finding the ultimate 1Malaysia song.
The campaign that started last month and spearheaded by Hot FM's AM crew, Faizal Ismail and Fara Fauzana, had received overwhelming response.
Asked if he liked the song, Najib said: "It was chosen by the rakyat and I accept the decision by the people.
"They have chosen a fast number full of spirit and rhythm suitable for youths."
He said the number, together with another 1Malaysia song by Radio Televisyen Malaysia sung by Roy, could be sung at official functions.
"We will have both songs for different occasions. RTM's song is easy to be sung as a choir but this one (Malaysia Satu) needs a bit of modification.
"However, both can be used for official functions."
He said he spent more than an hour in his office on Saturday listening to all 10 songs.
In his speech, he said he told the cabinet yesterday that it was okay to have one or two songs that depicted 1Malaysia.
He described Malaysia Satu as "people-centric", inspiring people to achieve harmony and peace.
Blog Archive
- January 2011 (1)
- June 2010 (1)
- May 2010 (1)
- February 2010 (1)
- January 2010 (2)
- December 2009 (2)
- November 2009 (1)
- October 2009 (2)
- September 2009 (4)
- August 2009 (2)
- July 2009 (1)
- June 2009 (1)
- April 2009 (1)
- January 2009 (1)
- December 2008 (1)
- April 2008 (1)
- March 2008 (1)
- January 2008 (10)



